Isnin, 8 Oktober 2012

KENAPA KERETA VIVA TAK BOLEH NAK START???

Palang besi bateri (bukak dengan spanar no.10)
 
 
 

Fuh !! Inilah masalah yang sering dialami bagi pemilik kereta perodua VIVA..termasuk penulis sendiri..masa beli dulu tau tahu tapi bila pakai  huh !..
1. Body kereta lembut sangat;
2. Absorber kereta lembut sangat (duduk 3 orang dewasa kat belakang dah macam kura-kura...);
3. Lampu depannya TERANG sangat..(penulis selalu kena kelip lampu kau drive waktu malam...mesti diaorang ingat lampu tinggi..nasib2.)
4. Bumper depan rendah sangat; (sebab tu la kalu 3 orang dewasa duduk kat belakang...lalu plak kat bumper hmmm...habis punah bumper)
5. Bateri diaorang letak palang besi...payah nak refill air BATERI;
6. Ringan sangat body viva ni (dibandingkan dengan kereta penulis yang ke-2...kancil)
7. Asap kete depan kompom masuk ke dalam VIVA kalu dalam kesesakan lalulintas or kat dalam feri...(tak selesa kalu ada budak kecik dalam kereta)
8. Laju memang laju...TAPI mudah hilang kawalan..

Xper la..ada rezeki nak tukar kete import plak..

Orait ! hari nie penulis nak kongsi tips2 kalu kereta VIVA tak boleh start. Time nak turun keje la dia buat hal. Time kita parking bawah tanah kat shopping complex la dia buat hal...Nak plak kita jalan sorang-sorang. Nasib2. tip nie berbeza sket dengan biasa. Clalu main tolak je. Tapi kalu ada insan yang bermurah hati nak tolak or kita reti. Ada orang tak reti hidupkan enjin dengan cara tolakan. Nanti saya kongsi tips tu plak k.

Kalu kita tanya kat kawan-kawan kenapa viva tak bleh start?? Antara jawapan diaorang:-

1. Meter minyak tersumbat; jadi minyak tak bleh masuk;
2. Alternator rosak; tak bleh nak cas bateri (HARGA ?? )
3. Bateri rosak..
4. bla...bla...bla...bla..bla...macam2 jawapan korang akan dapat.

Kalu kereta tak boleh start (CHECK NIE DULU...BASIC CHECK):
1. Minyak berkelip-kelip (tu tandanya bateri weak)
sebagai sampingan check je..
2. PLUG
3. INGAT !! Kalu wat services aircond pun wat kete tak bleh start;
4. Bal enjin (kalu tak penah kacau tak yah ator)

Kalu semua tu xda masalah, lebih-lebih lagi kete baru..... satu je puncanya iaitu BATERI !!! Caranya mudah je. Time korang start dia akan bunyik tik ! tik ! tik !.Sebelum bawak gi pergi BENGKEL or JUMPER....cuba dulu langkah2 nie. InsyaAllah akan membantu. Cepat, Jimat & Mudah:-

1. Carik spanar yang size 10. Bukak palang besi kat bateri viva & terminal hitam dan merah pada bateri;
2. Keluarkan bateri LAMA dari kereta VIVA korang;
3. Ambik duit 20 sen; bukak tempat isi air beteri;
* check level air  dalam tu..mesti ada yang dah kering..Tak sumer...salah satu kering kompom wat masalah..Kalu sumer kering lagi la...
4. Isi air bateri kat dalam bateri korang; jangan sesekali buang air bateri tu dan isi air baru..just tambah je..
5. Langkah nie paling penting.
* ambik/pinjam bateri KANCIL/ Viva kengkawan ke..jiran ke bubuh dalam kete VIVA korang. Nie langkah paling cepat untuk hidupkan kereta.; pastu START...kompom hidup !!! Alhamdulillah..
Blum selosai lagi...
6. Dah kete korang boleh dihidupkan keluarkan semula bateri yang korang pinjam tu; (jangan risau takkan short circuit or enjin mati..)
7. Letak semula bateri VIVA yang asal di tempatnya...biarkan seketika untuk dicas semula (bagi la dalam masa 5 minit or korang bawak kete pusing2 jap)
8. Dah tu...wat parking reverse tunggu hari esok plak..(kalu xsempat g tukar bateri pada hari tu)
* parking reverse supaya senang nak jumper plak k...

Kalu tak boleh JUMPER jugak camner???
Ok...ada 2 cara kita boleh buat:-
1. Ulang semula langkah 1 - 6 sahaja. Enjin dah dapat dihidupkan & korang gerak ke bengkel berdekatan untuk tukar bateri;
2. Beli bateri baru & takyah bawak kete ke bengkel. Balik & pasangkannya.
- Harga bateri?? Bagi yang FREE MAINTENANCE jenama YOKOHAMA harga ditampal kat kotak RM 333. Tapi korang boleh beli RM 180 je..
- Bagi bateri basah pulak ada dua jenis. Harga berbeza bagi tempoh hayat bateri. Kalau 6 bulan lebih kurang RM 150 ++. Kalu yang 12 bulan ke atas lebih kurang RM 250...(pandai-pandai la tawar menawar k..)

Penulis harap tip2 ini akan membantu..kalu membantu syukur alhamdulillah pat bantu kengkawan sumer...ok...

........................................................ SHARING IS CARING .............................................................

6 ulasan:

reachschools.org berkata...

barang murah memang tak akan memuaskan

jugglingart.org berkata...

excellent post

Pak Ya berkata...

Betullll.......i learn from mistake..

Tanpa Nama berkata...

tank yu beri mac

Pak Ya berkata...

Maklumat ini sgt berguna kerana shotcut untuk boleh bergerak..

Hairiey Murphy berkata...

Lampu minyak berkelip2 tanda bateri weak?? Hahaha punoh