Rabu, 19 September 2012

Bagaimana Nak Kaya??

Wang, Harta, Pangkat & Rupa menjadi ukuran penting dalam realiti kehidupan.
Dalam mengejar kehidupan yang selesa perlu ada beberapa tips. Tips ini saya kongsikan sebagai pembuka minda. Baik dikongsikan bersama...buruk sama-sama kita jauhi.

Dikongsikan hasil tulisan penulis ini untuk bacaan bersama....
Macam Mana Nak Jadi Cepat Kaya Di Malaysia
Posted on March 10, 2011 by Remisier

Adakah anda ingin menjadi kaya? Macam mana nak jadi cepat kaya di Malaysia tanpa membeli loteri, Toto, 4D, menipu orang lain, atau menjadi kroni ahli politik?

Semua orang nak cepat kaya, tapi tak semua orang tahu bagaimana nak jadi kaya dengan cepat. Bagaimana nak jadi kaya? Apakah rahsia untuk menjadi kaya? Apakah cara-cara nak kaya dengan cepat? Anda boleh menjadi kaya dengan cepat jika anda memegang prinsip-prinsip ini:
 
 1.Anda perlu memiliki PENDAPATAN. Anda perlukan wang untuk menghasilkan wang. Anda akan menuai apa yang anda tabur. Jika anda menabur sekarang maka anda akan menuai besok.
 
 2.Anda perlu MENYIMPAN WANG anda. Anda harus boleh menyimpan apa yang anda terima. Berwaspadalah terhadap pengeluaran wang yang kecil, sebab kebocoran yang kecil boleh  menenggelamkan sebuah kapal yang besar. Jika pendapatan anda sangat rendah, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya 30% dari wang pendapatan anda. Jadilah seorang yang berdisiplin. Lawanlah godaan hawa nafsu anda untuk membeli barang yang mungkin anda tidak perlukan nanti.
 
 3.Anda perlu memiliki ILMU PENGETAHUAN. Jadi belajarlah rajin-rajin.
 
 4.Anda perlu MENGGUNAKAN ILMU PENGETAHUAN anda. Setelah belajar, gunakanlah ilmu yang anda pelajari itu.
 
 5.Anda perlu mencari PELUANG kerana rezeki akan berada disisi orang yang berusaha mencari peluang.
 
 6.Anda perlu BERDISIPLIN. Untuk menjimatkan wang, anda perlukan disiplin.
 
 7.Anda perlu MENGURUSKAN MASA anda dengan bijaksana. Hargailah masa. Jangan membuang masa kerana masa itu amat berharga.
 
 8.JANGAN BERJUDI. Tentu saja ada orang yang menjadi kaya melalui perjudian. Tetapi jumlah mereka sangat kecil. Lebih baik anda menyimpan wang anda di bank daripada berjudi. Bila ada kesempatan untuk memulakan perniagaan, anda akan memerlukan wang itu. Jika anda menghabiskan wang anda dengan berjudi, anda mungkin akan bertanya-tanya mengapa anda tidak mempunyai cukup wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri.
 
 9.Anda perlu menjadi KREATIF. Jangan sesekali mentertawakan idea yang dianggap gila. Fikirkan tentang hal yang sangat mustahil, contohnya bagaimana nak terbang.
 
 10.Anda perlu GIGIH BERUSAHA. Terus mengetuk dan pintu akan dibukakan bagi anda. Jangan menyerah begitu sahaja. Jangan cepat menyerah kalah.
 
 11.Anda perlu mempunyai TUJUAN HIDUP. Tanpa mempunyai tujuan dalam hidup, anda tidak akan pernah tahu di mana anda berada sekarang.
 
 12.Anda perlu MERANCANG. Anda perlu merancang rancangan untuk mencapai tujuan hidup anda.
 
 13.Anda perlu MENCINTAI PERKERJAAN  ANDA. Untuk menjadi kreatif anda harus mencintai apa yang anda lakukan. Jika anda membenci pekerjaan anda, maka anda perlu mencari pekerjaan yang anda suka. Jika tidak, memang susah nak jadi kaya-raya.

1 ulasan:

Jay berkata...

bagus juga info ni..